UMNO Perlu Bertindak! Keputusan Mahkamah Didakwa Jejas Kuasa Raja-Raja Melayu



BANDAR SUNWAY, 23 Disember 2025 - Ketua UMNO Bahagian Selayang, Dato’ Hasnal Rezua Merican, menyuarakan kebimbangan serius terhadap keputusan mahkamah yang dibuat semalam, yang menurutnya berpotensi memberi implikasi besar terhadap kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, sehingga hari kedua selepas keputusan tersebut diumumkan, beliau masih menantikan pendirian dan reaksi rasmi UMNO berhubung isu yang dianggap amat sensitif dan melibatkan asas Perlembagaan negara.

“Hari ini hari kedua selepas mahkamah membuat keputusan semalam. Saya masih menunggu apakah reaksi rasmi yang akan UMNO buat terhadap perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, UMNO tidak boleh berdiam diri dan perlu segera menggerakkan kesedaran di peringkat kepimpinan serta akar umbi parti, agar satu tindakan kolektif dan tegas dapat diambil.

Dato’ Hasnal menegaskan bahawa sekurang-kurangnya satu langkah konkrit perlu dilaksanakan, termasuk membawa petisyen dan memorandum kepada Majlis Raja-Raja, bagi menjelaskan kebimbangan rakyat dan ahli parti terhadap implikasi keputusan mahkamah berkenaan.

“Kita mahu highlight dan perjelaskan kekhuatiran bahawa keputusan mahkamah semalam boleh mengurangkan atau merendahkan kuasa Raja-Raja Melayu,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa usaha berterusan sedang digerakkan untuk mendapatkan perhatian serius daripada kepimpinan tertinggi UMNO, agar satu gerakan tuntas dan berprinsip dapat direalisasikan demi mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

“Kita teruskan usaha ini supaya satu gerakan yang jelas dan menyeluruh dapat dibuat,” katanya lagi.

Isu ini dijangka terus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik, pemerhati undang-undang serta rakyat, khususnya berkaitan keseimbangan antara kuasa kehakiman dan peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem kenegaraan Malaysia.

#UMNOBertindak
#PertahanRajaRaja
#KuasaRajaRajaMelayu
#IsuPerlembagaan
#PolitikMalaysia
#SuaraAkarUmbi
#MajlisRajaRaja
#KeputusanMahkamah
#UMNOSelayang
#AATVNews

Comments