PUCHONG – UMNO Bahagian Puchong secara rasmi dan muktamad memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong, berkuat kuasa serta-merta, susulan kegagalan Ahli Parlimen Puchong, Yang Berhormat Yeo Bee Yin, mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang ditetapkan.
Keputusan tegas itu dibuat berdasarkan Memorandum Bantahan UMNO Bahagian Puchong, berhubung kenyataan Yeo Bee Yin yang didakwa tidak beradab, tidak sensitif dan tidak matang, serta telah tular di media sosial dengan menghina Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menurut kenyataan UMNO Bahagian Puchong, tempoh 24 jam bagi permohonan maaf tersebut telah tamat pada 24 Disember 2025, jam 4.00 petang, namun tiada sebarang tindakan atau penjelasan dibuat oleh Ahli Parlimen berkenaan.
“Maka dengan ini, UMNO Bahagian Puchong secara rasmi dan muktamad memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan Puchong,” menurut kenyataan tersebut.
Tiada Lagi Kerjasama Politik Setempat
UMNO Bahagian Puchong menegaskan bahawa keputusan itu melibatkan peringkat Parlimen Puchong, DUN Seri Serdang dan DUN Seri Kembangan, termasuk:
• Tiada lagi mesyuarat bersama PH Puchong;
• Tiada penyelarasan atau penganjuran program politik dan kemasyarakatan secara bersama;
• Tiada kerjasama dalam strategi, perancangan atau gerak kerja pilihan raya dalam apa jua keadaan.
Bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan secara automatik peringkat Negeri atau Pusat.
Tarik Diri Daripada Persefahaman Politik
UMNO Bahagian Puchong turut menarik diri daripada sebarang persefahaman politik setempat, termasuk:
• Tidak lagi terikat dengan sebarang “gentleman’s agreement”;
• Tidak bertanggungjawab mempertahankan kepentingan politik PH Puchong;
• Bebas mengambil pendirian sendiri dalam semua isu tempatan.
Isyarat Bantahan & Pendirian Tegas
Keputusan ini juga membawa mesej jelas bantahan UMNO Bahagian Puchong terhadap sikap dan tindakan pemimpin PH Puchong yang disifatkan mencabar maruah parti, prinsip Perlembagaan Persekutuan, serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
Tidak Keluar Kerajaan Perpaduan
UMNO Bahagian Puchong menjelaskan bahawa keputusan tersebut tidak bermaksud UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Nasional atau Negeri, sebaliknya merupakan pendirian politik setempat selagi tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Pusat.
Implikasi Politik Setempat
Susulan keputusan itu:
UMNO Bahagian Puchong akan bergerak secara solo di peringkat Parlimen dan DUN;
Sokongan terhadap mana-mana calon PH Puchong dalam PRK atau PRU akan menjadi bersyarat atau tidak diberikan langsung.
Keputusan ini dilihat sebagai isyarat jelas ketegangan hubungan politik di peringkat akar umbi, yang berpotensi memberi kesan besar kepada landskap politik Puchong menjelang pilihan raya akan datang.
#UMNOPuchong
#PutusKerjasama
#PolitikPuchong
#YeoBeeYin
#PHpuchong
#IsuAdab
#MaruahInstitusi
#BeritaPolitik
#AATVMalaysia
#PRUAkanDatang
Comments
Post a Comment