Isu Titah Addendum: Keputusan Sukar Diterima - ‘Grey Area’ Perlembagaan Halang Keadilan Untuk Najib?



KUALA LUMPUR, 22 Disember 2025 – Keputusan mahkamah berhubung Titah Addendum melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai sukar difahami dan mengecewakan, khususnya apabila ia diputuskan berdasarkan isu teknikal semata-mata, kata Datin Hasnah dari NMH Media.

Menurut beliau, Titah Addendum tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, sebaliknya disampaikan kepada pihak tertentu, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai tafsiran perlembagaan yang penuh dengan ‘grey area’.

“Dalam perlembagaan memang terdapat banyak ruang kelabu. Hakim memilih satu daripada ruang itu dan membuat keputusan berdasarkan teknikaliti tersebut. Hakikatnya, latar belakang kes ini menunjukkan banyak perkara berpihak kepada Dato’ Seri Najib, namun terhalang kerana isu teknikal,” katanya ketika mengulas keputusan berkenaan.

Datin Hasnah turut menyentuh bahawa banyak kes berprofil tinggi, termasuk melibatkan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, diputuskan berdasarkan tafsiran undang-undang yang ketat tanpa mengambil kira konteks sebenar, termasuk isu transaksi kewangan yang berlaku tanpa pengetahuan pemegang akaun.

“Mahkamah melihat duit itu ada, tetapi tidak melihat sama ada wang itu keluar atau masuk tanpa pengetahuan pemilik akaun. Prinsip yang sama digunakan dalam isu Titah Addendum ini,” jelasnya.

Beliau berkata, walaupun kecewa, pihaknya yakin peguam Dato’ Seri Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. Dalam masa yang sama, rakyat dan penyokong diminta agar tidak berhenti berdoa, apatah lagi ketika memasuki bulan Rejab yang penuh keberkatan.

“Kita hanya mampu berharap kepada keajaiban daripada Allah SWT. Teruskan doa untuk Dato’ Seri Najib,” katanya.

Mengulas kemungkinan pengampunan penuh, Datin Hasnah menyatakan ia masih menjadi harapan utama dan bergantung kepada permohonan baharu yang akan difailkan oleh pihak keluarga.

“Ini bukan sahaja isu untuk Dato’ Seri Najib dan keluarganya, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Jika keadaan ini berterusan, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak lagi mempunyai kekuatan. Sedangkan kita adalah negara berdaulat,” tegas beliau.

#TitahAddendum
#NajibRazak
#KeadilanUntukNajib
#KuasaAgong
#RajaRajaMelayu
#IsuPerlembagaan
#BeritaAATV
#PolitikMalaysia
#DoaUntukNajib

Comments