Solat Hajat & Doa: Rakyat Malaysia Bangkit Sokong Pejuang Gaza


KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 – Delegasi Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) kini berhadapan situasi getir apabila mereka dipintas dan ditahan secara haram oleh pihak berkuasa Israel di perairan antarabangsa.

Misi kemanusiaan ini bertujuan membawa ubat-ubatan, bantuan keperluan dan semangat solidariti untuk rakyat Palestin yang telah lama menderita akibat penindasan berterusan. Walaupun misi tersebut tidak membawa senjata, namun kapal mereka telah disekat sebelum sempat tiba ke Gaza.

Dalam detik genting ini, umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia diseru untuk bersatu dalam doa dan melaksanakan solat hajat bagi memohon keselamatan para sukarelawan. Seruan ini juga sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mereka yang membawa mesej keamanan, kasih sayang dan kemanusiaan.

"Ya Allah, lindungilah para pejuang kemanusiaan ini, kuatkanlah langkah mereka dan selamatkanlah saudara kami di bumi Palestin," demikian doa yang bergema dari seluruh pelosok negara.

Misi FFC dan TMTG terus menjadi simbol solidariti sejagat bahawa Palestin tidak pernah bersendirian dalam perjuangan menuntut hak asasi dan kebebasan.

#FreedomFlotillaCoalition #ThousandMadleensToGaza #FFC #TMTG #MyCARE #PrayForPalestine #FreePalestine #MisiKemanusiaan #DoaUntukGaza #SolidaritiPalestin

Comments