Ismail Sabri Puji Bajet 2026: Fokus Luar Bandar Bukti Kerajaan Dengar Suara Rakyat


RM12.9 Bilion Untuk Sabah & Sarawak – Ismail Sabri Anggap Bajet 2026 Tepat Sasar Rakyat Pedalaman

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 — Bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik pembentangan Bajet 2026 yang menurutnya memberi tumpuan besar kepada kebajikan rakyat luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Bajet ok, saya tak baca lagi sepenuhnya, tapi saya nampak banyak yang dibuat untuk masyarakat luar bandar,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM6.9 bilion kepada Sabah dan RM6 bilion kepada Sarawak menunjukkan komitmen kerajaan untuk menambah baik kemudahan asas seperti hospital, klinik desa dan sekolah-sekolah daif di kawasan pedalaman.

“Kalau kita lihat, masih banyak sekolah-sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya nampak fokus bajet kali ini lebih kepada rakyat biasa. Itu satu langkah yang baik,” tambah beliau.

Dalam masa sama, Ismail Sabri turut menyentuh pengiktirafan terhadap bahasa Melayu yang disebut di penghujung ucapan bajet oleh Perdana Menteri.

“Saya terkejut tapi gembira bila disebut tentang bahasa Melayu sebelum penutup. Terima kasih kepada Perdana Menteri. Kalau boleh, kita sama-sama perjuangkan bahasa Melayu,” katanya.

Menjawab pertanyaan wartawan mengenai usaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini, Ismail Sabri berkata:

“Kita serahkan kepada Perdana Menteri. Dia pun dulu masa zaman mahasiswa, berjuang untuk orang miskin. Saya harap perjuangan itu tak berubah.”

Ismail Sabri menegaskan bahawa tumpuan kepada rakyat luar bandar dan usaha membasmi kemiskinan adalah antara kunci utama pembangunan seimbang negara, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

#Bajet2025 #IsmailSabri #RakyatLuarBandar #SabahSarawakMaju #SekolahDaif     

Comments