Peguam Nafi Dakwaan Shariffa Sabrina Ceroboh Tanah Sendiri
RAUB, 18 Ogos 2025 – Prosiding kes melibatkan Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil sekali lagi ditangguhkan selepas Mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan pada 22 Ogos 2025 (Jumaat).
Menurut peguam beliau, Sachpreetraj Singh Sohanpal dari Tetuan Raj & Sach, penangguhan tersebut dibuat memandangkan masih terdapat perbincangan berhubung isu-isu tertentu yang dibangkitkan dalam kes berkenaan.
Beliau turut menafikan laporan media yang mendakwa anak guamnya menceroboh tanah sendiri, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai “tidak benar dan tidak logik”.
“Isu utama bukanlah soal pencerobohan tanah. Puan Sri Shariffa Sabrina memang membina resort di atas tanah miliknya sendiri. Namun, pertikaian yang wujud adalah berkaitan dengan bangunan tertentu di kawasan lain,” jelasnya.
Sementara itu, pihak pembelaan menjangkakan perbicaraan seterusnya pada 22 Ogos nanti akan memperjelas beberapa isu teknikal serta dakwaan yang sedang dipertikaikan.
Kes ini mendapat perhatian umum berikutan kaitannya dengan aktiviti pembangunan dan kelestarian alam sekitar yang sering diperjuangkan oleh Puan Sri Shariffa Sabrina.
#Mahkamah #ShariffaSabrina #ResortIssue #TanahSendiri #IsuSemasa #Keadilan #BreakingNews #KesViral #MalaysiaCourt #Sustainability
Comments
Post a Comment