TETAP Teruskan Tugas Sukarela Demi Rakyat walau telah dibubarkan
KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menegaskan bahawa isu pembatalan sesebuah pertubuhan tidak wajar dijadikan punca perbalahan atau permusuhan. Menurut beliau, walaupun pertubuhan tertentu telah dibatalkan pendaftarannya, hubungan persahabatan dan kerjasama harus terus dikekalkan.
“Toqqi dimaklumkan bahawa organisasi tersebut telah diharamkan. Tapi kita tetap berkawan, bersahabat seperti biasa. Dari sudut undang-undang, itu kita serah kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Kita tak mahu jadi pihak yang menghina atau menghasut,” ujarnya.
Beliau juga menyeru agar masyarakat melihat isu-isu sebegini dengan lebih rasional dan tidak bersifat menghukum secara melulu. “Kadang-kadang perkataan ‘haram’ pun orang tak suka dengar. Tapi sebagai NGO, kita tidak ada masalah – itu kerja ROS (Pendaftar Pertubuhan),” tambahnya.
Sementara itu, Mohd Ridzuan Abdullah, yang dikenali ramai sebagai Ridzuan Ikhlas, tampil menjelaskan bahawa pembubaran pertubuhan bukan bermakna perjuangan harus dihentikan. Beliau telah menubuhkan Sekretariat Gabungan IKHLAS Malaysia sebagai sebuah badan sukarelawan bagi meneruskan usaha membantu masyarakat.
“Apabila persatuan dibatalkan, ahli-ahli tetap cari saya. Maka saya wujudkan sekretariat ini secara sukarela demi meneruskan perjuangan. Walaupun tidak berdaftar, kita tetap salurkan bantuan,” jelas beliau.
Ridzuan turut memaklumkan bahawa banyak pertubuhan dibatalkan ketika pandemik COVID-19 termasuk pertubuhannya sendiri. “Lebih 3,000 persatuan dibatalkan ketika itu. Saya sendiri tidak dimaklumkan lebih awal, hanya tahu bila penyata kewangan tidak dapat dihantar,” katanya.
Beliau juga menekankan bahawa perjuangannya bukan bermotifkan politik atau untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi demi membela rakyat dan menegakkan kebenaran mengikut lunas undang-undang.
“Kita lawan bukan untuk jatuhkan kerajaan. Tapi kita bersuara untuk rakyat. Ini negara demokrasi, dan kita sebagai NGO ada tanggungjawab,” tegas beliau.
Kenyataan kedua-dua tokoh NGO ini mencerminkan pendekatan sederhana dan inklusif dalam menangani cabaran semasa serta mengekalkan hubungan baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#PPIM #RidzuanIkhlas #SekretariatIKHLAS #NGOBersatu #SuaraRakyat #PerjuanganTanpaHenti #IsuPembatalanROS #BantuRakyat #DemiKebenaran #NGOMalaysia

Comments
Post a Comment