RELA 53 Tahun: Simbol Ketahanan dan Semangat Rakyat Malaysia

RELA 53 Tahun: Simbol Ketahanan dan Semangat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025
Hari ini menandakan satu lagi detik bersejarah apabila Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-53. Sejak ditubuhkan pada 1972, RELA terus memainkan peranan penting sebagai pasukan barisan hadapan dalam pelbagai situasi termasuk bencana alam, kawalan keselamatan sempadan dan perhimpunan berskala besar.

Dalam kenyataan sempena sambutan ini, penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga RELA yang sentiasa bersedia, cekap dan tenang dalam melaksanakan tugas. RELA digambarkan bukan sekadar sebagai pasukan sukarelawan, malah simbol ketahanan dan semangat rakyat Malaysia.

"RELA bukan hanya ‘turun padang’, tetapi benar-benar menjadi sebahagian daripada denyut nadi masyarakat," kata kenyataan itu yang turut menzahirkan harapan agar RELA terus melangkah ke hadapan dengan lebih tersusun, profesional dan dihormati.

Dengan usia lebih lima dekad, RELA kini dilihat semakin diyakini dan terus relevan sebagai elemen penting dalam landskap keselamatan dan kebajikan negara.

#RELA53Tahun #WiraTanpaJasa #RELABersamaRakyat #SukarelawanMalaysia #SemangatRELA #MalaysiaMadani #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #KementerianDalamNegeri #BanggaDenganRELA

Comments